Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Penganggur Tawar Khidmat Seks Dipenjara 4 Bulan

$
0
0

Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Jumaat selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis, Rabu lepas.

Majistret Azmil Muntapha Abas memerintahkan Thung Siew Wan, 47, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap 10 Julai lepas.

Thung didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Koperal Abd Rashid Jamaludin, 30, dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan RHB Bank, Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi di sini pada 10 malam 10 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997