Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Berita Palsu Pesakit Ebola Di Hospital Ipoh

$
0
0

Khabar angin melalui laman sosial mengatakan wujudnya pesakit yang disahkan menghidap penyakit Virus Ebola (EVD) di Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB), di sini sejak beberapa hari lalu tidak benar dan disahkan palsu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Datin Dr Ranjit Kaur berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penularan virus berkenaan.

Menurutnya, pihak HRPB memang menerima seorang pesakit beberapa hari lalu yang kononnya dikatakan menghidap penyakit terbabit, namun siasatan lanjut menunjukkan tiada sebarang tanda mengenai status wabak berkenaan.

“Memang kami ada terima pesakit, tetapi bukan EVD seperti digembar-gemburkan. Malah, siasatan turut mendapati pesakit bebas daripada sebarang penyakit atau wabak berbahaya,” katanya.

Tambahnya, laporan berhubung kes berkenaan juga sudah dibuat dan akan dihantar ke pihak kementerian bagi siasatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah mempercayai setiap penyebaran maklumat khususnya daripada aplikasi WhatsApp serta laman sosial.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997