Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Bukti Produk Dnars Skincare Ada Racun Berbahaya!

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan dua produk Dnars mengandungi bahan racun terlarang Hidrokinin.

Dua produk yang terlibat ialah “Dnars Yellow Cream” dan ” Dnars Magic Gold Foundation”.

Memetik kenyataan akhbar KKM, penggunaan Hidrokinin atau Hydroquinone dalam kosmetik sememangnya mampu mencerahkan kulit namun penggunaan jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser kulit di samping mengurangkan perlindungan kulit daripada cahaya UV Matahari.

Oleh itu, pihak KKM telah mengarahkan syarikat pengeluar, Seri Mh Ummi Sdn Bhd untuk menarik balik dua produk berkenaan serta menghentikan penjualan di Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Senarai Dua Produk Dnars Ada Hidrokinon Racun Bahaya

1. Dnars Yellow Cream (Krim Ku-Neng)

2. Dnars Magic Gold Foundation

Kenyataan Rasmi KKM Isu Produk Dnars Mengandungi Hidrokinon

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997