Seperti sedia maklum, Allahyarham Ustaz Mohd Lotfi Ariffin telah pun menghembuskan nafas terakhir pada 14 September 2014 setelah koma sejak 9 September 2014. Punca koma akibat cedera parah diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria pada 9 September lalu.
Jenazah Allahyarham Mohd Lotfi telah dikebumikan di Kafr Zetta di Syria.
Terdahulu, Ustaz Mohd Lotfi yang juga bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah telah berhasrat untuk berjihad di bumi Syria demi mempertahankan umat Islam yang tidak berdosa daripada ditindas oleh tentera Bashar al-Assad.
Akibat tindakan tersebut, presiden PAS telah memecatnya pada 11 Mei 2014 setelah mendapat maklumat bahawa Ustaz Mohd Lotfi Ariffin akan menyertai gerakan bersenjata di Syria.
Biodata Penuh Ustaz Mohd Lotfi Ariffin
Nama Penuh: Mohd Lotfi Bin Ariffin
Nama Samaran: Mat Lotfi
Gelaran: Ustaz
Umur: 45 Tahun
Asal: Kedah
Agama: Islam
Status: Berkahwin
Bilangan Anak: 6 orang
Kerjaya Terdahulu: Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah
Punca Kerjaya Tamat: Mohd Lotfi telah dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 11 Mei 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkannya ke Syria untuk menyertai peperangan melalui Kumpulan Ajnad As-Syam yang dikatakan berjihad.
Punca Sertai Jihad: Berjuang menentang tenteraAl-Assad dari terus menzalimi umat Islam di Syria.