Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menentukan Hari Raya Aidiladha di Malaysia ialah pada 24 September 2014 bersamaan 29 Zulkaedah 1435H. Penetapan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban/ Haji menerusi radio dan televisyen pada malam 24 September 2014.
Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijjah
24 September 2014 (Petang Rabu): 29 Zulkaedah 1435H
Lokasi & Tempat Melihat Anak Bulan Zulhijjah
Negeri | Lokasi |
---|---|
Johor | Pontian Kecil |
Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
Kedah | Pemandangan Indah, Pulau Langkawi |
Kedah | Menara Alor Setar, Alor Setar |
Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
Kelantan | Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai |
Kelantan | Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu |
Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |
Melaka | Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
Pahang | Gunung Berincang, Cameron Highlands |
Pahang | Bukit Pelindong, Kuantan |
Penang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
Sabah | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
Sarawak | Tanjung Lubang, Miri |
Sarawak | Teluk Bandung, Kuching |
Sarawak | Tanjung Batu, Bintulu |
Selangor | Bukit Melawati |
Selangor | Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat |
Selangor | Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam |
Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Terengganu | Bukit Geliga, Kemaman |
Terengganu | Pulau Perhentian, Besut |
Terengganu | Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu |