Rakyat Malaysia digemparkan dengan dakwaan pesawat MAS MH131 terpaksa membuat pendaratan cemas di Bardarbunga, Iceland berikutan masalah teknikal ketika melalui kawasan letusan gunung berapi.
Khabar angin itu pada mulanya disebarkan menerusi portal berita antarabangsa worldnewsdailyreport.com.
Hasil siasatan mendapati portal tersebut merupakan portal berita yang tidak sahih serta palsu.
Pada masa yang sama, foto yang digunakan dalam artikel tersebut diambil daripada peristiwa insiden MH370.
Untuk menguatkan lagi dakwaan berita tersebut adalah palsu, kod penerbangan MH131 yang diguna pakai untuk menyebarkan khabar angin bukannya dari Paris ke New York tapi kod MH131 sah digunakan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland.
Petikan Berita Palsu MH131 Mendarat Cemas Di Iceland
Bukti World News Daily Report Adalah Portal Berita Palsu
Bukti Kod MH131 Bukan Penerbangan Dari Paris Ke New York
Penerbangan Kod MH131 adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland.