Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tak Sempat Mencuri, Maut Tersepit Di Tingkap

$
0
0

Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Saz Silibin di Ipoh gagal apabila dia mati dalam keadaan tersepit di besi tingkap bahagian dapur.

Suspek berumur 27 tahun ditemui mati dengan hanya memakai seluar dalam dan hasil bedah siasat mengesahkan bahawa dia mati kerana sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam tadi, mangsa lelaki berumur lingkungan 50-an yang baru pulang ke rumah terkejut menemui suspek di dapur dalam keadaan tersepit dengan kaki di luar dan kepala di dalam rumah.

“Ketika kejadian tiada sesiapa di rumah. Suspek bertindak masuk mengikut tingkap nako berdasarkan kesan dan alat pemotong besi yang berada di situ, namun malangnya mangsa tersepit di bahagian besi tingkap,” katanya.

Suspek tidak sempat masuk ke rumah mangsa dan polis hanya menemui baju suspek serta peralatan untuk memecah masuk rumah, katanya.

Katanya sebaik tiba di tempat kejadian, pihak hospital mengesahkan suspek telah mati dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997