Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Azmin Ali Tak Layak Jadi MB Selangor – TIBAI

$
0
0

Jika krisis politik berpanjangan di Selangor sudah dianggap sebagai zaman kelam sistem demokrasi berikutan perebutan jawatan Menteri Besar, pemilihan Azmin Ali untuk mengisi kedudukan tersebut pula jika menjadi kenyataan akan menjerumuskan terus negeri termaju di Malaysia itu ke dalam bencana.

Baca juga: Azmin Ali 99 % Pasti Jadi MB Selangor

Bagi beberapa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah sama-sama berjuang dengan Azmin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu bukan sahaja tidak layak dari segi moralnya untuk memimpin negeri Selangor tetapi pemilihannya ibarat ‘lari daripada mulut harimau, terjun ke dalam mulut buaya’.

Menurut mereka, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR tiada bezanya dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana kedua-duanya merupakan boneka ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jika terpilih, taat setianya diragui sama ada untuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atau dicurah kepada Ketua Pembangkang.

Mursyidul Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, bagaimana seorang yang pernah menghina Sultan Selangor sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 2012, boleh bermimpi mahu memegang jawatan Menteri Besar.

Dakwanya, Azmin juga merupakan salah seorang perancang utama kepada siri demonstrasi jalanan yang bertujuan mahu menggulingkan kerajaan menerusi Bersih 1.0, Bersih 2.0 serta Bersih 3.0 dan adalah cukup berisiko tinggi meletak kepercayaan mengenai untung nasib rakyat, bangsa serta agama kepada pemimpin sebegitu.

Sehubungan itu, beliau memohon budi bicara Sultan Sharafuddin untuk tidak melayan sebarang cubaan melobi Ahli Parlimen Gombak tersebut selain usah memperkenankan Azmin yang kini disebut-sebut sebagai antara calon pilihan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Lupakah kita dari segi moral, Azmin dianggap sebagai lelaki dayus kerana sehingga kini takut untuk melafazkan sumpah laknat meskipun dakwaan yang dilemparkan cukup besar iaitu menghalalkan isterinya sendiri untuk menjalinkan hubungan sulit dengan Anwar. Azmin juga terpalit dengan isu skandal bersama wanita dalam jamban.

“Anak emas Anwar ini juga dikaitkan dengan jenayah kolar putih sewaktu berkhidmat dengan Anwar semasa Ketua Pembangkang menerajui Kementerian Kewangan sehingga dia dan isterinya boleh memiliki saham bernilai jutaan ringgit walaupun hanya bergaji kurang RM3,000 sebulan. Dakwaan ini juga gagal dinafikan oleh Azmin.

“Malah dalam akuan bersumpah bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengenai RM3 bilion yang diseleweng juga mengaitkan nama isteri Azmin. Akuan bersumpah ini tidak pernah dicabar di mana-mana mahkamah oleh Anwar mahupun Azmin,” katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin; bekas Pengasas PKR, Ng Lum Yong serta bekas Exco AMK, Abdul Ghani Harun dan Azwanddin Hamzah.

Azmin adalah antara calon yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu selain ADUN Chempaka serta Sijangkang dari Pas iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr. Ahmad Yunus Hairi, dengan pengumuman rasmi mengenainya dijangka Isnin ini sebelum disusuli upacara angkat sumpah pada Selasa.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pemilihan Azmin akan menyebabkan berlakunya pertembungan antara pejabat Menteri Besar dengan Istana Selangor terutamanya dalam isu kalimah Allah kerana Timbalan Presiden PKR berkenaan bersetuju kalimah suci tersebut digunakan pihak Kristian sedangkan Sultan Sharafuddin jelas menolaknya.

“Pendirian Azmin dalam isu kalimah Allah tidak pernah berubah dan dia tidak pernah menarik balik sokongan untuk digunakan pihak Kristian. Jadi selain penghinaan Azmin yang menyentuh batang tubuh baginda sendiri semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong, isu kalimah Allah adalah indikator penting untuk menolak Azmin,” katanya.

Hal sama turut dibangkitkan Lum Yong apabila berkata, sebagai anak jati Selangor, beliau tidak sanggup untuk melihat semasa hayatnya negeri itu rosak gara-gara tersilap perhitungan dalam memilih Menteri Besar kerana jelasnya, ramai lagi yang lebih berkemampuan dalam pembangkang untuk menerajui Selangor berbanding Azmin.

Sementara itu, Abdul Ghani pula memberitahu, dengan isu moral yang membelit Azmin, adalah satu malapetaka bagi rakyat Selangor jika bukti-bukti lain membabitkan pelbagai skandal Timbalan Presiden PKR tersebut didedahkan musuh politiknya sewaktu beliau bergelar Menteri Besar Selangor.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997