Berikut adalah petikan daripada http://negarapakatanrakyat.blogspot.com. Kami siarkan sebahagian rencana di sini dan sebahagian di punca asal sebagai bukti ia bukan rencana rekaan.
Sebelum itu, kami ingin meluahkan rasa dukacita dengan sikap dan kandungan rencana yang seumpama ini yang nyata mengundang kebencian dan perpecahan sesama umat Islam.
Timbalan kepada Najib, Muhyiddin Yassin dilaporkan sebentar tadi (semalam – 21 September) mengimamkan sembahyang Zuhur di Masjid Kubor dalam rangka lawatan sehari melawat kawasan ini.
Persoalannya sekarang, apakah sah sembahyang yang diimamkan Muhyiddin itu memandangkan dia bukanlah terdiri dari seorang yang alim selain banyak dosa.
Imam sembahyang ni bukan boleh buat main-main, sebab itu aku difahamkan tak semua orang layak menjadi imam kerana tanggungjawab yang besar, maklum sajalah memimpin ramai orang menghadap Tuhan.
Dimana berdosanya Muhyiddin ini bukanlah susah sangat nak dicari. Selain dia itu kepala nombor dua dalam parti segala kejahatan di Malaysia iaitu UMNO, salah seorang anak perempuannya juga menjadi penyanyi!!!
Dunia artis ni macam yang kita semua tahu bergelumang dengan dosa dan maksiat tapi itulah juga dunianya yang diceburi anak Muhyiddin – yang jadi Imam sembahyang kejap tadi di Pengkalan Kubor.
Selain itu, ada juga pandangan pakar Islam yang aku temui mengatakan, orang yang jadi Imam ini mestilah bersih dari segala dosa dan banyak pahalanya. Kalau anak pun jadi penyanyi akan bergelumang maksiat , tidak bertudung dan sebagainya, banyaklah dosanya tu, mana… teruskan membaca di sumber asal (klik)