PRK Pengkalan Kubor pada Khamis telah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas). Menerusi makluman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), keputusan PRK Pengkalan Kubor akan diumumkan seawal pada pukul 7.00 petang manakala keputusan rasmi akan diumumkan selewatnya pada pukul 9.00 malam. Terdahulu, PRK Pengkalan Kubor diadakan semula berikutan kematian penyandangnya, Noor Zahidi daripada BN pada 20 Ogos 2014 yang lalu.
Keputusan Rasmi PRK Pengkalan Kubor 25 September 2014
Calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail menang PRK DUN Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi manakala menerima jumlah undi sebanyak 9,961. Ini sekaligus menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (38 undi).
Mat Razi Mat Ail (BN)
Keputusan Undi: 9,961
Majoriti: 2,635
Status: Keputusan rasmi PRK Pengkalan Kubor. BN menang dengan majoriti 2,635 undi menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS)
Keputusan Undi: 7,326
Majoriti:-
Status: PAS tewas menyandang kerusi PRK DUN Pengkalan Kubor
Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas)
Bilangan Undi: 38
Majoriti:-
Status: Calon BEBAS tewas menyandang kerusi PRK DUN Pengkalan Kubor
Keputusan Rasmi: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas calonnya Mat Razi Mat Ail menang dengan majoriti 2,635 undi. Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung 25 September 2014, Mat Razi memperoleh 9,961 undi menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (38 undi). Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa, Tumpat.