Asean NCAP telah mengeluarkan keputusan rasmi ujian makmal terhadap impak kemalangan melibatkan Proton Iriz 2014.
Menerusi laporan ujian makmal tersebut, taraf perlindungan Proton Iriz bagi golongan dewasa adalah pada kadar yang cemerlang iaitu 5 bintang manakala taraf keselamatan bagi kanak-kanak adalah 4 bintang.
Dengan tahap keselamatan berstatus 5 bintang oleh Asean NCAP, Proton Iriz sekaligus menewaskan pesaing utamanya iaitu Perodua Axia yang hanya memiliki taraf keselamatan sebanyak 4 bintang.
Gambar Perbezaan Impak Kemalangan Proton Iriz, Perodua MYVI, dan Perodua Axia