Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tarikh Puasa Sunat Arafah 2014 Di Malaysia

$
0
0

Seperti sedia maklum, puasa sunat Arafah di Malaysia bagi tahun 2014 jatuh pada 4 Oktober 2014 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1435H. Penentuan hari puasa Arafah ditentukan pada setiap hari kesembilan (9) pada bulan Zulhijjah menurut takwim Islam. Manakala tarikh hari raya Aidiladha pula jatuh pada hari ke-10 Zulhijjah bersamaan dengan 5 Oktober 2014. Puasa sunat Hari Arafah adalah disunatkan kepada umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan Haji di Mekah.

Tarikh Puasa Sunat Arafah 2014 Di Malaysia

9 Zulhijjah 1435H: 4 Oktober 2014 (Hari Puasa Sunat Arafah pada tahun 2014 di Malaysia)

Maksud Puasa Sunat Hari Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi umat Islam yang tidak melakukan ibadah haji di Mekah. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Waktu Pelaksanaan Puasa Sunat Hari Arafah

Pelaksanaannya puasa Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah 1435H atau bersamaan dengan 4 Oktober 2014 bermula terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997