Seorang lelaki maut dengan separuh badannya hancur disedut ke dalam mesing pencincang rumput dalam satu kejadian ngeri yang berlaku di Banae na Bahia, Brazil.
Dalam kejadian pada Sabtu, 27 September 2014 itu, mangsa yang dikenali sebagai Edenilto Pereira dos Santos dikatakan sedang menolak timbunan rumput ke dalam mesin itu. Dengan tidak semana-mena, mesin tersebut menarik mangsa ke dalam dan menghancurkan sebahagian badan mangsa.
Walaupun pembedahan berjaya dilakukan, namun mangsa mati kerana banyak kehilangan darah.