Resepsi persandingan anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar dan isteri, Nur Athirah Syed Azmi, berlangsung dalam suasana cukup meriah di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Sabtu.
Majlis bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu menyaksikan hampir 1,000 tetamu memenuhi ruang dewan tersebut terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis.
Memilih konsep persandingan sederhana, Aliff, 32, dan isterinya Athirah, 28, tampil anggun dengan busana warna merah jambu.
Pada Jumaat lalu, Aliff, sah bergelar suami kepada Athirah, yang merupakan seorang doktor gigi dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Aliff merupakan anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981.