Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didera dengan kejam selepas ditangkap kerana mencuri sebiji kelapa di daerah Pearang, Kemboja.
Remaja malang berkenaan, Mon Veasna telah diikat kedua-dua belah tangannya dan kepalanya diselam dalam air oleh seorang lelaki sementara seorang lagi lelaki merakam perbuatan keji itu.
Walau bagaimanapun, dua lelaki berkenaan, Heng Dane, 35, dan Heng Vanny, 28, telah ditahan beberapa jam selepas gambar foto itu tersebar secara viral di laman sosial Facebook.