Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Berita Terkini Bot Tempur TLDM CB204 Hilang 6 Oktober 2014

$
0
0

Usaha operasi mencari dan menyelamat Bot TLDM CB 204 kini giat dijalankan sejak ianya disahkan hilang dan terputus hubungan pada pukul 1.05 petang Ahad 5 Oktober 2014. Menerusi kenyataan rasmi Panglima TLDM TS Abdul Aziz Jaafar, bot TLDM CB204 telah terputus hubungan ketika laut bergelora ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau. Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.

Kronologi Kehilangan Bot Tempur TLDM CB204

  • KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad 5 Oktober 2014.
  • Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.
  • Namun pada pukul 1.05 petang Ahad 5 Oktober 2014, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.
  • KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.
  • TLDM TS Abdul Aziz Jaafar pada pukul 11.00 malam mengesahkan bot tempur TLDM CB204 disahkan hilang.
  • Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.
  • 3 kapal TLDM kini ditugaskan untuk mencari dan menyelamat CB204.
  • Bot CB204 turut disertai oleh 7 anggota TLDM dan diketuai oleh Leftenan Azri Bin Bakar.
  • Update 6 Oktober 2014: Sehingga pukul 11.30 pagi, bot TLDM CB204 masih belum ditemui.
  • Pada Isnin 6 Oktober 2014, 4 kapal TLDM kini dikerahkan untuk menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat Bot Tempur CB204

Kenyataan Rasmi Tan Sri Abdul Aziz Jaafar Ketua TLDM

Pekeliling Operasi Mencari Dan Menyelamat CB204

Kawasan Carian Bot TLDM CB204 Hilang Pada 6 Oktober 2014

Pencarian operasi mencari dan menyelamat dibahagian kepada 4 sektor di sekitar perairan Sabah melibatkan 5 aset TLDM, 3 aset APMM serta sebuah pesawat TUDM.

Empat kapal TLDM itu ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx,

Aset APMM melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997