Menerusi makluman rasmi unit kemasukan Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke INSTEP – PETRONAS sesi Januari 2015 kini sudah dibuka mulai 29 September 2014 sehingga 9 Oktober 2014.
Program Ditawarkan INSTEP 2015
Program Teknologi Petroleum (PTP-1) – program persediaan kerjaya minyak dan gas selama 1 tahun
Bidang Latihan
- Makmal Analitikal
- Proses
- Pengeluaran
- Elektrikal
- Instrumentasi
- Mekanikal
Syarat Kelayakan Instep 2015
- Warganegara Malaysia yang masih bujang.
- LEPASAN DIPLOMA yang telah tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan, atau Teknikal daripada institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ;
- Mempunyai latar belakang subjek sains tulen atau dari sekolah teknikal ( Fizik / Kimia / Kejuruteraan )
- Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada 1 Januari 2015.
- Sihat tubuh badan, tidak rabun warna dan fizikal sesuai untuk bekerja dalam industri minyak dan gas.
- BMI tidak melebihi 30 pada waktu memohon
- Keutamaan bagi mereka yang aktif di dalam sukan dan aktiviti kepimpinan
Permohonan Online INSTEP 2015
Permohonan secara online boleh dibuat menerusi laman http://www.instep-online.my .
Cara Buat Permohonan INSTEP 2015
- Permohonan mestilah dibuat secara “online” melalui portal laman http://www.instep-online.my . Pemohon mestilah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru untuk mendapatkan borang permohonan.
- Setiap permohonan dikenakan yuran proses sebanyak RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama PETRONAS TECHNICAL TRAINING SDN BHD melalui CIMB Bank – No. Akaun: 13020021371054.
Untuk memudahkan urusan permohonan, anda dinasihatkan menjelaskan wang proses terlebih dahulu bagi mendapatkan nombor siri slip bayaran.
Perhatian:
- Sila simpan slip pembayaran (untuk diserahkan sebagai bukti pembayaran) sekiranya anda dipanggil untuk sesi temuduga nanti.
- Jika anda membuat pembayaran yuran proses menggunakan money order/postal order, sila catatkan Nama dan Kad Pengenalan di belakangnya dan hantar ke: Lot 9764, Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tarikh Tutup Permohonan
9 OKTOBER 2014 (Khamis)