Mangsa terakhir tragedi perahu terbalik di Pangkalan Haram Pak Jid, Wan Nur Habib Naufal Wan Ahmad Azli, 6, ditemui berhampiran Pos Tentera Kalai, Meranti dekat Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian, kira-kira 8 pagi tadi.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Penemuan itu sekali gus menamatkan operasi mencari tiga mangsa perahu terbalik di Sungai Golok selepas membeli-belah di Pekan Mundok, Thailand, Sabtu lalu.
Operasi ditamatkan pada 11.00 pagi tadi.
Gambar Mangsa Terakhir Tragedi Bot Karam Sungai Golok 4 Oktober 2014
Video Berita Terkini Tragedi Bot Karam Sungai Golok 4 Oktober 2014