Palakon lucah yang popular di Jepun dan Indonesia, Maria Ozawa mengatakan dia kini sedang mencari bakal suami yang boleh dijadikan teman sehidup sematinya kelak.
Menerusi sesi wawancara dengan sebuah media Indonesia, Maria atau lebih dikenali di Indonesia sebagai Miyabi, mengatakan dia bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjadi suaminya asalkan mereka memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon porno.
“Saya tak kisah dengan siapa orangnya atau dari warga negara mana, dari Jepun atau Indonesia ke, yang penting dia seorang yang memahami dan menyokong kerjaya saya,” katanya.
Miyabi sebelum ini sudah empat kali menjejakkan kaki ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem dewasa namun tidak dapat hadir ketika sesi tayangan perdana filemnya kerana kedatangannya dikecam sesetengah alim ulama negara itu.