Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Hanez Suraya Rayu Stesen TV Beri Peluang Kedua

$
0
0

Pelakon kontroversi, Hanez Suraya menjelaskan dia kini sudah semakin tidak mendapat tawaran lakonan kerana kebanyakan stesen televisyen seolah-olah memboikotnya selepas kisah cintanya dengan suami orang habis satu persatu dilondehkan oleh media tempatan.

Memang kesian dengar luahan hati Hanez ni..

“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Hai, sabar sahajalah Hanez, mungkin sekarang peminat masih belum lagi dapat melupakan ‘dosa’ yang telah awak lakukan, lama-lama nanti mereka lupalah tu..

Yelah, cumanya makan masa lah nak raih kepercayaan peminat Hanez dan stesen televisyen kerana pastinya mereka masih belum ‘move on’ dengan kisah hangat Hanez yang didakwa sebagai perosak rumah tangga kekasih hatinya, Romie Razin Adilha dan isterinya, Liyana Manan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997