Wowberita difahamkan yang komuniti di Malaysia kini gempar apabila tersebar gambar-gambar beberapa murid bukan Islam di sebuah sekolah makan dalam tandas. Walau tandas tu tampak bersih, tapi tandas tetap tandas. Tambahan lagi tandas murid-murid lak tu. Dapat bayangkan tak. Lihat sendiri gambar-gambar di bawah. Diharap pihak berkuasa boleh siasat perkara ini dan mendengar penjelasan dari pihak sekolah. Mungkin ada sebab-sebab yang kita tidak tahu. Tolong jangan buat spekulasi okay ?
*** UPDATE *** DARI PENGOMEN BERNAMA REZA *** “Anak saya bersekolah di sini. Isteri saya pernah lalu di bilik ini. Ini bukan tandas tetapi adalah bilik salin pakaian setelah murid-murid habis jasmani. “
Ini ulasan blogger terkenal, Amenoworld :
Oke. Tadi ada orang mesej aku. Dan ada orang share link neh di wall aku. Dua individu yang berbeza. Yang mesej aku tak bagitau nama sekolah neh tapi dia citer kat aku bahawanya ;
1. Kanak2 non muslim disuruh berehat dalam bilik air.
2. Mereka makan kat sini sepanjang bulan puasa hari tue.
3. Alasan tak dinyatakan dengan jelas tetapi ibu bapa non muslim sedih anak2 diperlakukan seperti berikut.
4. Kata mereka, meskipun bilik air tersebut telah dibersihkan tetapi still berbau. So tak selesa untuk anak2 mereka makan.
5. Aduan sudah dihantar berkali2 tetapi pihak sekolah buat bodoh jek.
6. Sekolah yang dinyatakan ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana. Seperti yang aku petik dari link asal yang disharekan. ==> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200899734149459&set=pcb.10200899734349464&type=1&relevant_count=1&ref=nf
7. Apa yang ibu bapa neh minta ialah kemudahan kantin jek.
Dulu member2 cina aku sebelum nak minum dalam kelas, dorang tanya aku. Saya nak minum, sorry ya. Jangan marah.
Aku cakap minum je la. Aku satusen tak heran. Aku percaya budak2 non muslim neh hormati rakan2 yang berpuasa tetapi perlu kah kita melayan mereka sampai macam neh sekali? Lemah sangat ka iman kita sampai budak2 neh kena makan sorok2 dan makan dalam bilik air?
Mohon kes neh di siasat dan dengar penjelasan dari kesemua pihak sebelum mengambil apa2 pendekatan, kesimpulan dan tindakan.