Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Gambar Pra-Perkahwinan Erin Malek & Farriz Fauzy

$
0
0

Berita gembira untuk peminat Erin Malek! Pelakon genit itu telah mempercepatkan tarikh pernikahannya dengan Farris Fauzy dan ia akan berlangsung esok malam di kediaman keluarga Erin di Ampang, Selangor.

Sebagai makluman, lokasi pernikahan tersebut adalah sama dengan lokasi majlis pertunangan mereka sebelum ini.

Difahamkan, selepas bernikah, ia akan disusuli dengan majlis resepsi yang akan diadakan keesokkan harinya di sebuah hotel popular. Sementara majlis bertandang keluarga Farriz pula akan hanya diadakan pada 24 Oktober ini.

Asalnya, Erin dan Farris merancang untuk bernikah pada 10 Januari 2015 iaitu hari ulang tahun mereka berkenalan.

“Tapi, selepas berbincang balik kami sepakat untuk mempercepatkan majlis kepada tarikh sekarang. Lagipun benda baik tak wajar ditangguhkan.

“Nak dijadikan cerita, tarikh 10 Oktober 2014 (10.10.2014) ini nombornya nampak cantik dan senang nak ingat,” ujar Erin dipetik sebagai berkata.

Perancangan selepas nikah nanti, mereka berdua akan berbulan madu di Los Angeles, USA.

“Selesai majlis resepsi sebelah keluarga lelaki, Insya-Allah kami akan ke sana (Amerika Syarikat),” tambahnya.

Dengan tarikh baru itu, perkahwinan Erin nampaknya sama tarikh dengan seorang lagi artis iaitu penyanyi Farhan Azizan yang turut bernikah pada esok (10 Oktober).

Tahniah diucapkan!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997