Pihak kerajaan tetap meneruskan bantuan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi sesi persekolahan tahun 2015.
Objektif utama bantuan RM100 ini adalah untuk meringan beban ibu bapa untuk persediaan anak ke sekolah pada awal tahun.
Tarikh pemberian RM100 akan dimulakan pada bulan Januari 2015 secara berperingkat.
Ini merupakan tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut yang akan memanfaatkan kira-kira 1.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.
Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Rendah & Menengah 2015