Menerusi laman sosial pada Sabtu, 11 Oktober 2014 telah tersebar khabar angin yang mengatakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung di HUSM Kubang Kerian.
Bagaimanapun, berita yang tersebar itu dinafikan menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi Nik Aziz malam tadi. Kenyataan itu juga mengatakan penyebaran khabar angin itu sebagai satu fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terdahuu pada bulan Julai yang lalu, khabar angin yang sama turut kecoh di laman sosial dan telah menyebabkan anaknya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat.
Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Selepas tidak lagi memegang jawatan menteri besar, Nik Abdul Aziz dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan.