Menerusi laman sosial, kini tersebarnya beberapa keping foto yang pada mulanya dimuat naik oleh pengguna Facebook “Syam Iz” yang mendakwa kononnya restoran Mamak berkenaan menggunakan daging khinzir dalam masakan.
Ini susulan penemuan daging bacon dalam senarai harga barang dapur yang dibeli oleh salah seorang pekerja restoran berkenaan di Pasaraya NSK Rampai.
Pengurus restoran berkenaan pada 13 Oktober 2014 telah membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
Menurutnya, perkara yang tersebar di laman sosial mengenai restoran berkenaan juga daging babi adalah tidak benar sama sekali.
Daging bacon yang digunakan dalam restoran tersebut adalah daging bacon lembu dan bukannya khinzir.
Tambahnya lagi, restoran Al Ehsan adalah sebuah restoran Mamak yang hanya menjual makanan halal dan mematuhi syariah Islam.
Penjelasan Isu Restoran Al Ehsan Hidang Daging Babi
Petikan Berita Palsu Restoran Al Ehsan Hidang Daging Babi