Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kasih Sejati Seorang Ayah Jaga 6 Anak Cacat Seorang Diri

$
0
0

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Itu bidalan paling tepat bagi menggambarkan ketabahan seorang warga emas, Mat Ali Mat Piah, 73, yang sanggup menjaga enam anaknya yang cacat secara bersendirian selepas kematian isterinya kira-kira sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun tiga daripada anaknya itu mengikut jejak ibu mereka dalam tempoh beberapa tahun lalu dan dia kini menjaga tiga anaknya iaitu Mohd Fadhil, 46, Norizan, 40, dan Noruma, 36.

Mat Ali yang menyewa di Kampung Baru Beserah, menyara keluarganya dengan wang pencennya sebagai tukang kebun Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah sebanyak RM800 sebulan, selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tiga anaknya itu berjumlah RM450 sebulan.

Menurutnya, tiga anaknya itu tidak pandai menguruskan diri masing-masing menyebabkan dia terpaksa menguruskan semuanya termasuk mandi, makan dan membuang air.

“Dari dulu lagi saya mengimpikan untuk mempunyai rumah sendiri malangnya cita-cita itu tidak kesampaian sehingga terpaksa menyewa rumah ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997