Pada 18 Oktober 2014, media sosial digemparkan dengan kejadian penculikan seorang pelajar perempuan, Norazliza bt Abd Manab oleh beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex, Pasir Gudang Johor pada malam 17 Oktober 2014.
Namun, pelajar berkenaan sempat melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun Terengganu.
Menurut pelajar itu, dia diculik bersama 7 lagi kanak-kanak dalam kenderaan tersebut.
Namun pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan daripada salah seorang ahli keluarga 7 kanak-kanak hilang seperti yang didakwa.
Hasil siasatan terkini mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa assignment atau tugasan. Mangsa dipercayai merangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.