Lelaki berusia 21 tahun ini yang berasal dari Illinois telah ditangkap kerana telah melanggan pelacur semasa percutian bulan madu bersama pasangannya.
Ahmed, yang bercuti di Orlando, Florida dengan isteri yang baru dikahwininya, telah ditangkap apabila dia secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang detektif yang menyamar sebagai pelacur.
Dan apa yang lebih teruk ialah isterinya telah membuat laporan polis bahawa suaminya itu telah hilang kerana tidak pulang ke hotel, walhal si isteri tidak menyedari bahawa si suami telah berada dalam tahanan polis.
Ahmed adalah salah seorang daripada 92 orang yang terperangkap dalam operasi pihak berkuasa yang menyamar. Dalam tangkapan itu juga, seorang pastor muda berumur 45 tahun turut ditahan. Pastor tersebut pergi ke bandar itu untuk menghadiri persidangan dan dipercayai telah melanggan seorang remaja berusia 14 tahun.
Sudah tentu kejadian ini merupakan tragedi terburuk yang dialami oleh Ahmed dan pasangannya. Belum sempat merasai nikmat berbulan madu, akhirnya madu yang manis bertukar menjadi pahit. Ahmed memang layak digelar sebagai seorang lelaki DAYUS!