Kedah menewaskan Pahang 3-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini.
Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit kesembilan hasil jaringan cantik pemain import Korea Selatan, Namkung Wong daripada percubaan jarak jauh.
Selepas rehat, anak didik Tan Cheng Hoe menguatkan lagi cengkaman apabila menambah gol kedua pada minit ke-49 hasil jaringan Farhan Roslan tetapi Pahang bangkit merapatkan jurang pada minit ke-90 hasil jaringan Matias Conti.
Namun, selang dua minit kemudian Khyril Muhymeen Zambri menyumbat gol ketiga untuk memberi modal selasa buat skuad Helang Merah.
Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam separuh akhir kedua di Kuantan, Jumaat ini.