Program realiti Akademi Fantasia sudah memasuki minggu kelapan dan hanya tinggal tujuh lagi pelajar yang akan berentap untuk ke final.
Adel menjadi pelajar terbaru yang tersingkir dari AF2014 pada minggu lepas.
Walaupun konsert AF berjalan lancar, namun ada satu berita yang tidak sedap didengar sejak 2-3 hari ini mengenai kisah keluarga pelajar AF itu sendiri.
Dikhabarkan ada ibu bapa kepada seorang pelajar AF sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit demi kerjaya anaknya dalam industri seni.
Keluarga peserta ini dikatakan berbelanja kira-kira RM5,000 setiap minggu untuk mengundi anaknya agar kekal dan tidak menjadi pelajar tersingkir daripada AF.
Jika dikira-kira daripada minggu pertama hinggalah kini, bermakna mereka mungkin sudah menghabiskan sebanyak RM35,000. Hishhh.. banyak tu!
Iyelah mak ayah mana yang tak gembira nak lihat anak berjaya. Ye dak?
Selain berhabis wang ringgit, keluarga peserta ini juga dikatakan selalu mempromosi peserta tersebut kepada rakan-rakan agar mereka mengundi sama.
Tapi masalahnya, persembahan dan bakat peserta itu dikatakan hanya suam-suam kuku sahaja..
Maka bila hal ini berlaku, nasib pelajar-pelajar lain yang lebih berbakat terpaksa melalui penyingkiran gara-gara undian lebih rendah.
Apa pun, inilah realitinya bila kejayaan peserta program hiburan diukur dengan nilai SMS. Sedikit sebanyak dah tentu ia menguntungkan peserta yang datang daripada keluarga kaya.
Patutlah orang sering kata, siapa ada duit dialah paling berkuasa. Gitew!