Gol lewat Daley Blind menyelamatkan Manchester United apabila seri 2-2 bertemu West Bromwich Albion pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Hawthorns, awal pagi tadi.
Albion dua kali mendahului United dengan jaringan pembukaan pada minit ke-8 menerusi Stephane Sessegnon sebelum Marouane Fellain menyamakan kedudukan pada minit ke-48.
Saido Berahino kemudian meletakkan West Brom di depan menerusi ledakannya pada minit ke-66 sebelum Blind merembat dari jarak jauh pada minit ke-87 untuk menyelamatkan satu mata United.
Ini sekali gus meletakkan United yang dikendalikan Louis van Gaal melebar rekod tiga perlawanan berturut-turut tanpa kalah.
Namun terserlah aksi United agak hambar terutama di bahagian penyudah dan ini bermakna van Gaal mempunyai tugas lebih berat terutama berdepan dengan pasukan gergasi kelak.