Sekarang ni gempar di media sosial Facebook mengenai penempuan sebuah terowong rahsia peninggalan tentera Jepun sepanjang lebih 100 kilometer yang baru dijumpai di Palekbang, Kelantan.
Terowong rahsia ini dikatakan menghala ke sempadan Thailand dan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup barang ke Thailand.
Buat masa ini, bomba dalam proses menyedut air keluar dari terowong tersebut kerana ia dipenuhi air hujan dan kebetulan dengan musim tengkujuh. Pihak Jabatan Mineral dan Geosains pun ada untuk menjalankan siasatan.
Siapa yang tinggal sekitar Palekbang tu, boleh confirmkan cerita Terowong Rahsia Jepun di Palekbang, Tumpat ini? Kalau betul, macamana terowong itu boleh dibuat oleh pihak Jepun dalam masa beberapa tahun memerintah Malaya?