Kualiti udara di daerah Seri Manjung Perak, dilihat mula terjejas pada pagi Rabu apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berada dalam kategori “tidak sihat” demikian menurut laporan dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Merujuk kepada catatan IPU yang direkodkan, Seri Manjung merupakan satu-satunya kawasan yang kualiti udaranya merosot, manakala di negeri lain berada pada tahap “baik” dan “sederhana”.
Berikut adalah status IPU untuk kawasan Seri Manjung berdasarkan paparan maklumat dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
API | Status |
0-50 | Baik / Good |
51-100 | Sederhana / Moderate |
101-200 | Tidak Sihat / Unhealthy |
201-300 | Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy |
>301 | Berbahaya / Hazardous |
Lokasi | 12PM | 1PM | 2PM | 3PM | 4PM | 5PM | 6PM | 7PM | 8PM | 9PM | 10PM | 11PM |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Seri Manjung | 122* | 122* | 120* | 119* | 120* | 120* | 119* |