Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tasha Shila Akhirnya Mengaku Putus Cinta Dengan Hans

$
0
0

Pelakon Tasha Shila membuat pendedahan mengenai dirinya tidak lagi bersama dengan kekasih hatinya iaitu Hans dan kini hanya sekadar kawan biasa.

Menurutnya lagi, perpisahan itu dibuat secara baik tanpa menyakiti hati antara satu sama lain.

“Kami dah tiada apa-apa hubungan, sebelum ini pun kami berkawan rapat saya anggap ini adalah suratan takdir dan masing-masing telah pun buat haluan sendiri.

“Kalau perpisahan kami disebabkan oleh orang ketiga, hal itu saya saya enggan komen dan tidak mahu mengulas lanjut, itu semua hanya ‘rumors’,” kata Tasha di H Live malam semalam.

Dalam pada itu, Tasha juga yang membuat keputusan untuk tidak mahu bersama lagi dengan Hans dan telah berbincang dengannya secara hitam dan putih.

“Dah hampir sebulan kami bukan lagi pasangan kekasih, ini semua pengajaran buat saya, untuk bercinta dan berkasih sayang kita perlu berkorban dan jujur antara satu sama lain.

“Saya dengan Hans masih baik, tiada perasaan dengki mahupun berdendam dengannya, saya dah berusaha tapi Tuhan telah menentukannya,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997