Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ngeri! Lelaki Putus Kepala Nahas Kereta Rempuh Lori (9 Gambar)

$
0
0

Seorang pemandu jentolak maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 8 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Mata Gergaji di sini pada 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Sapri Kadir, 36, berasal dari Kampung Teluk Budu, Kuala Besut.

“Mangsa yang berseorangan dari arah Jerteh menuju ke arah Kuala Terengganu tiba-tiba hilang kawalan hingga menyebabkan keretanya memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah lori dari arah bertentangan yang dipandu Mohd Firdaus Sharudin, 29, tidak dapat mengelak, lalu bertembung dengan kereta mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akibat pertembungan itu Mohd Sapri tercampak keluar dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Bagaimanapun pemandu lori dan kelindannya Ram Prasad, 31, rakyat Nepal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997