Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Hudud PAS Tidak Islamik, Hanya Untuk Menang Pilihan Raya – Tun M

$
0
0

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hudud yang dicadangkan oleh PAS bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah ‘hudud PAS’.

Katanya tujuan parti itu melaksanakan hukum tersebut bukanlah atas nama Islam tetapi kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

“Hudud yang dicadangkan PAS bukan hudud Islamik, tetapi hudud PAS kerana ianya (bersifat) tidak adil.

“Apa niat PAS? Ia bukannya kerana Islam tetapi kerana hendak memenangi pilihan raya,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu.

Menurutnya, hukum itu tidak adil kerana apabila ianya melibatkan seorang Islam dan bukan Islam, kedua-duanya tidak menerima hukuman yang sama adil.

“Apabila seorang Islam dan bukan Islam dihukum kerana mencuri, seorang dipotong tangan tetapi seorang lagi hanya dipenjara dua bulan… adilkah itu?

“Ia satu undang-undang yang tidak adil… dan jika ianya tidak adil, ia bukan Islamik,” tegasnya.

Selain itu, beliau juga berkata hukuman rejam sampai mati yang terkandung dalam ‘hudud PAS’ itu tidak disebut di dalam Al-Quran.

Tambah Dr Mahathir lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Kelantan yang menyokong enakmen tersebut semasa ia dibentangkan juga tidak tahu yang mereka sokong sebenarnya.

Katanya lagi, ‘hudud PAS’ itu salah dan tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997