Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Air Terapi al-Khodafi TIPU?

$
0
0

Terlebih dahulu, saya bukanlah anti kepada perubatan tradisional dan juga alternatif. Ada juga rakan saya yang menjadi perawat di Darul Syifa yang menggunakan ayat ruqyah untuk merawat pesakit.
Rawatan tradisional berasaskan herba, saya tak ada masalah.

Tapi bila sampai ke al-khodafi ni, terasa pelik bila tengok produk air terapinya.

Cubalah lihat sendiri kandungan yang dikatakan untuk menghasilkan air tersebut.

Saya akui ada kelebihan bagi air yang dibacakan dengan ayat quran dan doa. Lebih-lebih lagi bila dibacakan oleh mereka yang soleh.

Daripada maklumat daripada kawan-kawan yang pernah belajar di Darus Syifa, bukan senang sebenarnya nak belajar jadi perawat. Amalan perlu dijaga, ada zikir, doa dan ayat quran yang perlu dihafaz dan dibaca sebagai amalan seharian.

Tapi bila tengok pada terapi air Al-Khodafi ini, terlintas di kepala saya pasal MENJUAL AGAMA UNTUK DUNIA.

Ape itu Nano Hyronium? Adakah benar wujud dan apa relevannya dengan air terapi?

Bagaimana syarikat dapat teknologi itu? Dari mana? Apa alat dan mesin yang digunakan?

Apa perlunya air sarang anai-anai itu?

Apa perlunya anai-anai itu makan Quran?

Mana nak dapat sarang anai-anai begitu?

Ternak sendiri anai-anai bagi makan Quran?

Air hujan malam 10 muharam?

Berapa banyak stok yang ada?

Berapa tahun nak kumpul, sebab bukan tiap-tiap malam 10 muharam hujan turun?

Pada saya benda begini sudah dikira sangat mengarut.

Usaha untuk membacakan selawat, ayat ruqyah, ayat quran pada air memang boleh diterima. Tapi kalau masuk tang air sarang anai-anai tu….memang mengarut.

Serius.

Tak kisahlah ada nak kata ‘nak runtuhkan perniagaan orang’ ke, dengki ke, hasad ke, saya tetap tak bersetuju dengan air terapi al-khodafi ini.

Dan saya akan usahakan buat laporan pada pihak yang berkenaan. (memang serius nak buat).

Pada yang nak beli, batalkan saja. Banyak lagi produk yang lebih masuk akal ada di pasaran.

SUMBER

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997