Video seorang lelaki transgender merayu agar gambar MyKad miliknya tidak disebarkan mencetuskan kekecohan di laman sosial.
Lelaki bernama Hafizal, 27, meminta orang ramai supaya membuang gambar berkenaan kerana tindakan itu mencemarkan imej serta maruahnya.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya nak bagitahu kepada anda semua tolonglah jangan keluarkan gambar saya dan janganlah tunjukkan IC saya dan mengedit IC saya sampai macam itu sekali, saya malu sangat. Sebab saya nak cari rezeki yang halal.
“Saya tak ganggu orang, saya tak kacau orang. Tapi tolonglah jangan buat IC saya macam tu. Tolong jangan kata saya macam-macam. Saya merayu sangat.
“Saya hilang arah sejak saya nampak gambar-gambar IC saya dibuat macam tu, kawan-kawan saya hantar dekat saya, pelanggan hantar pada saya. Saya malu sangat. Apa salah saya dengan anda semua? Saya minta maaf, tetapi tolonglah jangan keluarkan gambar IC saya macam tu. Saya merayu sangat,” katanya.
Pada awalnya, gambar kad pengenalan Hafizal disebar kerana status ‘LELAKI’ pada kad pengenalannya sedangkan wajahnya seorang perempuan.
Ekoran dari itu, Hafizal terpaksa menanggung malu apabila dia dihujani dengan pelbagai persoalan & mesej dari rakan-rakan serta pelanggan tempat kerjanya.
Sebagai jalan terakhir menamatkan isu ini, Hafizal tampil dengan rakaman video merayu agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar kad pengenalannya.