Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Polis Rampas DVD Haram Bernilai RM30 Juta

$
0
0

Satu sindiket cakera padat digital (DVD) haram bukan saja menjadikan rumah dua tingkat tempat penyimpanan malah turut menggantung kain rentang yang tertulis ‘rumah untuk disewa’ bagi menutup kegiatan mereka itu.

Lebih 1.15 juta DVD yang bernilai RM30 juta dirampas dalam serbuan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di Taman Bukit Indah, Seri Petaling itu, kira-kira 4 petang semalam.

Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Selangor, Noor Aziah Abdullah berkata, serbuan itu adalah kejayaan terbesar selepas pihaknya menjalankan risikan kira-kira seminggu lalu.

Beliau berkata, sebelum ini sindiket berkenaan menjadikan gudang sebagai stor simpanan namun mereka menukar modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa. “Serbuan ini dilakukan selepas pihak kami mendapat maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan yang membabitkan tujuh lelaki dipercayai warga tempatan.

“Siasatan awal juga tidak menolak sindiket ini sudah beroperasi selama tiga tahun dengan memasarkan DVD haram berkenaan di sekitar Lembah Klang dan seluruh negara,” katanya.

Katanya, semua DVD yang dirampas adalah cerita bersiri luar negara dan dipercayai bukan untuk dipasarkan di pasar malam sebaliknya di kedai video. “Kami lihat rumah ini bukan saja digunakan sebagai tempat penyimpanan tetapi ia juga menjadi lokasi pembungkusan peringkat seterusnya sebelum diedarkan kepada rangkaian sindiket kecil yang lain.

“Sindiket ini mungkin adalah rangkaian sama dengan sindiket yang pernah KDN serbu sekitar di Cheras, Oktober lalu,” katanya.

Serbuan yang dianggotai 60 anggota dan pegawai itu memerlukan enam lori bagi mengangkut DVD berkenaan yang tamat sekitar jam 5 pagi tadi.

Difahamkan, tiada sebarang tangkapan dibuat kerana suspek berjaya mengesan kehadiran pihak berkuasa dan melarikan diri melalui siling rumah berkenaan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997