Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Norman Kongsi Perasaan Sebelum Memey Lahir Anak Kedua

$
0
0

Pelakon Norman Hakim pada pagi Khamis telah berkongsi satu entri yang berkongsikan perasaannya ketika menantikan saat isteri tercinta, Memey Suhaiza melahirkan anak kedua mereka.

Menerusi entri yang dikongsi di akaun Instagramnya (IG) itu, jelas menampakkan emosi Norman yang tidak stabil sebelum Memey melalui detik kelahiran.

Norman ada menyebut, selama seminggu perasaannya bercampur baur dan tidak keruan menantikan saat isterinya bersalin sehingga menyebabkan tidur malamnya tidak lena.

Lebih menyentuh hati, Norman telah menyaksikan sendiri detik kelahiran bayi mereka itu.

Tulisan Norman yang telah menarik perhatian ramai pengikut IGnya ialah, “Gambar kanan; Momen sebelum kelahiran dalam #labourroom.Ajak selfie tapi baru perasan kantoi muka cuak.Gambar kiri; Momen selepas kelahiran,keluar dari #labourroom ,nampak muka relief kat situ.TAPI wifey @memeysuhaiza ,sebelum ke..selepas ke..muka maintain tetap sama.Maha Kuasa Allah dicipta ‘suatu kekuatan’ yang sangat hebat buat kaum HAWA dalam situasi yang kaum ADAM tak pernah dapat rasa dan bayangkan! Seminggu sebelum tarikh 8/4/15,sayalah manusia yang paling tak keruan! Tidur malam tak lena asyik tersentak, mengadap muka dan perut isteri sepanjang malam risau bila la nak bersalin ni..sekarang ke?pagi nanti ke?TAPI wifey tetap relax.Bila dia terjaga dia tanya saya “kenapa payang”?Skrip jawapan saya tetap sama “dah sampai masa ke love?”Allahuakbar Allah sahaja yang tahu rasanya,sehinggalah ke malam tadi barulah saya dapat tidur dengan lena..sangat nyenyak dan selena-lenanya.Tq Allah atas ujian rasa dan nikmat ini.Buat wifey @memeysuhaiza …abg antara saksi ‘perjuangan’ sayang yang sangat hebat dan getir malam tadi.Dalam hati abg, hanya ni skrip yang abang termampu masa sayang tengah berjuang tu… “Ya Allah,ampunkanlah segala dosa2 isteriku ini kepadaMu dan kepada ku Ya Allah.Bagilah aku kongsi sikit rasa sakit ini Ya Allah.Aku takut sangat ni Ya Allah kalau aku hilang dia.Tolong aku Ya Allah”…dan alhamdulillah Allah dengar dan segalanya selamat…Aamiin YRA.Terima kasih Allah,terima kasih para malaikat,terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.Terima kasih…

Norman sebelum itu telah memuat naik sebuah video di IG dan mengumukan kelahiran putera keduanya dan Memey pada malam Rabu.

Menurut Norman, bayi lelaki seberat 3.45 kilogram itu itu dilahirkan dalam keadaan sihat pada jam 9.57 malam tadi.

Norman dan Memey telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan sebelum ini telah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim. Ini adalah anak kelima buat Norman Hakim dan anak kedua bersama Memey.

Tiga lagi cahaya mata Norman adalah hasil perkahwinan bersama pelakon Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim,9, dan Maria Danisha Hakim, 6.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997