Penerbit filem dewasa syarikat Vivid Entertainment, Steve Hirsch menawarkan bayaran AS$10 juta (RM31.2 juta) kepada Putera Harry jika beliau bersetuju berlakon dalam sebuah filem dewasa, sejurus pendedahan skandal beliau berbogel bersama rakannya di sebuah hotal di Las Vegas baru-baru ini.
Laman web hiburan online TMZ.com yang memetik berita daripada akhbar New York Daily News, melaporkan, Hirsch sudah menghantar surat tawaran itu kepada Putera Harry dan kini hanya menunggu jawaban beliau. Filem yang ditawarkan itu diberi judul The Trouble with Harry.
“Kami ingin menawarkan anda peluang untuk menjadi seorang ‘putera paling hebat’ sepanjang zaman dengan berlakon di dalam sebuah filem dewasa bajet besar yang menyeronokkan.
Penampilan istimewa
“Sudah tentu ‘Little Harry’ (merujuk kepada anggota sulit Putera Harry) juga akan ditampilkan, tetapi saya memberi jaminan skrip filem ini ditulis dengan baik dan ‘Little Harry’ akan dipersembahkan dengan cara paling hebat (bermaksud Harry perlu mendedahkan seluruh tubuh termasuk anggota sulitnya tanpa segan silu),” kata Hirsch yang dipetik akhbar itu.
Harry bukan satu-satu anggota keluarga atau kerabat diraja yang pernah menerima tawaran Vivid Entertainment untuk berlakon filem dewasa.
Pada 2011, Hirsch menawarkan bayaran AS$5 juta (RM15.6 juta) kepada adik Duchess of Cambridge, Kate Middleton, Pippa untuk berlakon dalam filem dewasa keluaran syarikatnya.
Malah jika adik lelaki Pippa, James, juga sanggup ikut berlakon beliau menawarkan bayaran AS$1 juta (RM3.12 juta) kepadanya.
Hirsch bersama dua lagi ahli lembaga pengarah di dalam syarikatnya dikatakan berjaya mewujudkan satu perspektif baru dalam penerbitan filem dengan bentuk persembahan yang berbeza.
Bagaimanapun, sehingga kini, Harry yang sedang berhadapan dengan kritikan daripada pelbagai pihak di negaranya, tidak memberi sebarang jawaban.