Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Jangkitan tersebut boleh tersebar akibat dari virus atau bakteria yang dipindahkan oleh ikan-ikan dari satu pengguna ke pengguna lain jika airnya tidak diganti.
Jika ada pengguna yang mempunyai jangkitan HIV atau hepatitis, dan mengalami perdarahan di dalam air, risiko untuk jangkitan HIV dan Hepatitis ke pengguna lain adalah tinggi.