Setelah selesai majlis pernikahan mereka pada 11 Januari lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari semalam telah berlangsung majlis resepsi Siti Elizad dan juga suami, Shamsul Baharin di The Sacred Garden, Kampung Pengantin, Kuala Lumpur.
Mengikutkan perancangan awal, Siti Elizad mahu mendedahkan pernikahannya pada majlis resepsi tersebut namun berita itu berjaya dihidu dan terbongkar.
Namun, apa yang penting majlis resepsi berjalan dengan lancar dan mereka sudah pun bergelar suami isteri yang sah. Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis resepsi berlangsung. Manis dan berseri sungguh wajah pasangan pengantin ini.