Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Minuman Vitagen Penyebab Kanser Tidak Benar & Mengarut

$
0
0

Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) menafikan dakwaan individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan minuman probiotik mengaktifkan sel-sel kanser.

“Tidak benar, tiada kaitan minuman probiotik dengan kanser,” katanya.

Mengulas mengenai penyebaran mesej di WhatsApp dan laman sosial yang kononnya minuman probiotik mengandungi bakteria hidup boleh mengaktifkan sel kanser, Dr Lokman menjelaskan kandungan mesej itu adalah tidak berasas dan orang ramai tidak sepatutnya terus percaya dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih itu.

“Sesiapa pun boleh tulis seperti itu, tanyalah penulisnya. Doktor mana yang berkata demikian? Malang bagi kita mudah percaya benda yang tidak berasas,” katanya.

Beberapa hari yang lalu, satu mesej mendakwa minuman Vitagen dan Solivite mengandungi bakteria hidup yang berupaya mengaktifkan sel kanser tersebar di WhatsApp dan laman Facebook. Mesej berkenaan disebarkan oleh seorang ibu yang kematian anaknya akibat kanser darah menyarankan golongan ibu agar berhenti memberi minuman tersebut kepada anak mereka.

Wanita terbabit mendakwa doktor yang merawat arwah anaknya merayu agar minuman seumpama itu tidak diberikan kepada anaknya dan pada masa yang sama mendakwa ada banyak bakteria akibat minum minuman berkenaan ketika doktor pakar mengambil air tulang sumsum anaknya yang juga pesakit kanser darah itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997