h
Setelah beberapa ketika lagu terbarunya Seperti Itu? berputar di corong radio di seberang, bintang sensasi Indonesia Syahrini kini tampil dengan klip video yang menjadikan heboh buat peminat malah tidak kurang para haters.
Digambarkan seperti seorang puteri yang hidup dalam kemewahan, klip video Syahrini menggemparkan tempat awam seperti pasar dan pelabuhan dengan dandanan yang berlebih-lebihan. Selain gaunnya yang memenuhi setiap babak klip video itu, pemilik pusat karaoke di sekitar Indonesia ini mengenakan aksesori futuristik yang akhirnya dicedok menjadi memes melucukan.
Meme itu menampilkan seorang perempuan memparodikan topeng perak Syahrini dengan menggantinya kepada bra. Penutup payudaranya itu dikenakannya di bagian matanya meniru gaya bintang ini di dalam klip video Seperti Itu?
Namun begitu, klip video itu dilancarkan pada 26 Mac lepas khabarnya telah mendapat respon yang kurang baik daripada peminatnya yang menyatakan komen di laman Youtube.
Dilancarkan oleh Pelangi Records, video berdurasi hampir 3 minit ini menampilkan segala yang mungkin dimiliki bekas duet kepada Anang Hermansyah ini. Antara petikan klip ketika bercuti di Amerika Syarikat turut dimuatkan dalam klip videonya.
Seperti Itu? dicipta oleh Melly Goeslaw untuk Syahrini lagu ini berentak catchy dan dinyanyikan dengan gaya santai dan bersahaja oleh pemilik nama sebenar Rini Fatimah Jaelani ini.
Yang menarik lirik lagu catchy ini menceritakan tentang seorang wanita cantik yang disukai oleh banyak lelaki. Kekasih wanita itu kemudian mengongkong teman wanitanya yang cantik tersebut untuk melakukan berbagai hal lantaran cemburu.