Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Tidak Percaya Najib Bermakna Tidak Percaya Allah’– Ismail Sabri

$
0
0

Gambar keratan akhbar Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaacob membuat ‘kenyataan panas’ tersebar di laman sosial dan kini menjadi bahan bualan para netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengannya.

Keratan akhbar The Daily Express itu tersebar meluas dan ramai yang mengkritik kenyataan beliau kerana mengeluarkan kenyataan terdesak mahu mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

“Umat Islam yang tidak percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan kes pembunuhan model antarabangsa, Altantuya Shaariibuu, bermakna mereka juga tidak percaya pada Allah,”

“Najib telah mengangkat sumpah sebanyak tiga kali, dan sepatutnya rakyat beragama Islam percaya padanya (Najib),” katanya.

Reaksi netizen pula kebanyakan hanya mampu menggelengkan kepala dan menganggap itu adalah kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang menjawat jawatan menteri.

“Lagi seorang menteri nak jadi Ahmad Maslan, sampai bila pemimpin kerajaan ini nak berhenti dari mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menunjukkan diri mereka tidak cerdik?” keluh netizen.

Ekoran dari kenyataan yang tidak cerdik itu tersebar, netizen kini mula menyerang laman Facebook Ismail Sabri.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan balas yang dikeluarkan oleh menteri terbabit. THEHYPEMEDIA

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997