Sejak beberapa hari yang lalu, tersebar sekeping gambar salinan sijil kelahiran di mana sepasang suami isteri memberikan nama yang agak ‘luar biasa’ kepada anak perempuannya yang baru lahir.
“Yeayyyyy.. akhirnye kite da ada baby cbst… Tq ****** n ******** sudi bg nama special ni…” katanya.
Berdasarkan gambar, bayi perempuan mereka dilahirkan pada 30 Mac lalu pada jam 10.25 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Temerloh.
Nama bayi itu diberikan nama Siti Nur CBS@t binti *********.
Nama itu diberikan kerana minat melampau pasangan terbabit terhadap ‘Car Boot Sale’ mengundang kritikan negatif dari netizen.
Ramai netizen melahirkan rasa simpati dan kasihan mereka terhadap bayi berkenaan kerana bimbang nama itu akan menyebabkannya diejek oleh orang ramai apabila dewasa kelak.
“Kan ada banyak nama-nama yang indah dengan makna-makna yang baik. Kenapalah letak nama macam ini pada si kecil? Astagarafirullahhadzim,” keluh Azniera Shahiera.
Lemparkan pandangan yang berbisa sekali pun, pemberian nama itu telah diputuskan dan juga telah didaftarkan pada Jabatan Pendaftaran Negara tanpa sebarang bantahan.
Namun, orang ramai terutamanya orang Islam tidak digalakkan memberi nama yang tidak mempunyai makna kepada anak-anak mereka. Sebaliknya rujuk orang yang lebih berpengalaman dan pengetahuan agar anak diberikan nama yang indah dan baik.