Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Ini Fitnah, Saya Tak Pernah Ada Jam Semahal Itu’

$
0
0

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan antara sembilan pemimpin yang didakwa memakai jam tangan berjenama sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, tampil menafikan penyebaran gambarnya yang dimuat naik di media sosial.

Menerusi laman Twitternya, Ahmad menjelaskan beliau tidak pernah memiliki jam tangan jenis Rolex Submariner yang dilapor berharga dalam lingkungan RM30,000 hingga RM40,000.

Jelasnya, beliau hanya memakai jam tangan biasa walaupun mengetahui ini merupakan fitnah yang dilakukan pihak pembangkang.

“Fitnah! Ini kerja pembangkang!

“Saya tak pernah ada Rolex Submariner dan tak pernah memakainya. Jam saya yang biasa saja,” katanya.

Antara pemimpin lain yang didakwa memakai jam tangan berjenama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Turut didakwa terlibat sama adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997