Sebuah video yang memaparkan beberapa orang gadis sedang mabuk beramai-ramai kini menjadi viral di laman sosial.
Video berkenaan dikongsi oleh page Malaysian News melalui laman Facebook.
Setakat ini seramai 47,924 pengunjung telah menonton berkenaan dan telah dikongsi oleh 596 pengguna Facebook.
Melalui pemerhatian, video berkenaan memaparkan kelibat tujuh gadis termasuk individu yang merakam yang bercakap dalam dialek Terengganu.
Kesemua mereka dipaparkan sedang menikmati minuman keras jenama ‘Tiger’ dan berkongsi sambil bergelak ketawa.
Bagaimanapun tarikh video berkenaan dirakam tidak dapat dipastikan.
Namun mengikut komen pembaca, kebanyakkan mengatakan kejadian berkenaan berlaku sekitar rahun 2005.