Siapa sangka, Wak Doyok yang kini sedang asyik dilanda kontroversi turut sama menjadi mangsa gangguan makhluk halus ketika dia menjalani penggambaran program bercorak permainan, Ke Indonesia Ke Kita? (KIKK).
“Dalam perjalanan balik ke tempat penginapan di Lombok, saya terdengar bunyi mengilai dalam hutan. Saya juga rasa seperti dicekik seseorang ketika tidur,” katanya menceritakan keadaan ketika diganggu oleh makhluk halus di sana.
Selain itu, menurut Wak Doyok, dia juga mengalami masalah sakit perut selain makanan tempatan kurang menepati cita figura fesyen ini. Nama sahaja Wak Doyok tetapi makanan Indonesia tidak boleh masuk rupanya.
Bercerita mengenai individu yang mendakwa dirinya bernafsu songsang, Wak mahu melaporkan perkara berkenaan kepada polis secepat mungkin malan lebih teruk lagi, model fesyen ini juga mengakui tertekan dengan perkara tidak benar yang menimpanya itu.